Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Kali ni saya nak berkongsi cara untuk menaikkan Ranking Alexa dengan mudah, dah lame rasenye tak bermain2 dengan seo.. Kali nih nak start balik. Untuk menaikkan ranking blog kita dengan mudah adalah dengan cara membuat blogwalking ke blog2 lain sekurang2nya 10 blog sehari dan meninggalkan jejak anda iaitu dengan memberi sekurang2nya satu komen pada entri blog tersebut. Dengan memberi komen, kita akan meninggalkan url address blog kita di komen tersebut, ini bermakna kita sudah membuat satu backlink pada blog tersebut. Untuk menjadikannya lebih cepat dan berkesan, carilah blog yang rankingnya tinggi di Alexa.
Ok saya jadikan blog ni sebagai blog experiment, pada masa blog nih dibuat, ranking di Alexa adalah 0 @ dengan kata lainnya ialah No Data. Kita sama2 lihat sebulan kemudian, adakah blog ini sudah tersenarai di Alexa atau pun masih tiada data di Alexa.. Sama2 kita nantikan (^_^)